Menu

IKLAN


PEMAIN pertahanan Chelsea dari Serbia, Branislav Ivanovic (tengah) melonjak tinggi dan menanduk masuk gol kemenangan pasukannya tanpa dicabar pemain Liverpool pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Stamford Bridge, London sebentar tadi. Chelsea menang 1-0. - Foto AFP
LONDON: Chelsea berjaya layak ke final Piala Liga selepas tandukan daripada Branislav Ivanovic pada masa tambahan membantu mereka menang 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stamford Bridge, awal pagi ini.
Pemain pertahanan Serbia itu melonjak menanduk tepat pada minit ke-94 menewaskan penjaga gol lawan, Simon Mignolet untuk mengesahkan kemenangan agregat 2-1 untuk juara empat kali itu.

Penyerang Chelsea, Diego Costa (tiga dari kiri) dan kapten Liverpool, Steven Gerrard terbabit pertengkaran pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. - Foto AFP
Ia menjadi penawar duka buat The Blues itu selepas tewas mengejut kepada Bradford City 4-2 dalam pusingan keempat Piala FA tempoh hari.
Chelsea akan bertemu Tottenham Hotspur atau Sheffield United dalam final di Wembley pada 1 Mac ini.
"Ini adalah Liverpool baharu (daripada awal musim ini) dan satu lawan yang cukup liat.
"Saya amat gembira dapat menewaskan satu pasukan yang bagus," kata pengurus Chelsea, Jose Mourinho selepas perlawanan menarik itu. -AFP


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top