Menu

IKLAN


GAMBAR fail, Leonard Nimoy tiba di Tayangan Perdana filem "Star Trek Into Darkness" di The Panggung Dolby Theater, di Los Angeles, bulan Mei tahun lalu. Nimoy, 83, terkenal dengan watak Mr. Spock dalam cereka tv dan filem 'Star Trek' meninggal dunia hari ini di rumah beliau, di Los Angeles akibat penyakit paru-paru kronik (pulmonari obstruktif). - Foto AFP
LOS ANGELES: Pelakon veteran, Leonard Nimoy atau lebih terkenal dengan watak Mr Spock dalam siri televisyen dan filem sains fiksyen 'Star Trek', meninggal dunia hari ini pada usia 83 tahun.
Beliau eninggal dunia di kediamannya di Los Angeles selepas menghidap penyakit paru-paru yang kronik.
Berita kematiannya disahkan oleh ahli keluarga dan ejen Nimoy. Satu upacara memperingati Nimoy dilaporkan sedang dirancang ahli keluarganya dalam masa terdekat.
Kematian Nimoy turut mengejutkan rakan artis, selebriti terkenal dunia, peminat siri televisyen dan filem berkenaan, termasuk Presiden Barack Obama.
"Saya menyayanginya seperti seorang abang. Kami akan merindui jenaka dan kebolehannya," kata William Shatner, yang memegang watak sebagai Kapten James T Kirk dalam siri Star Trek.
George Takei yang memegang watak Mr Sulu dalam filem itu turut bersedih di atas pemergian Nimoy.
"Semoga rohmu tenang di sana sahabatku," demikian posting Takei di Twitternya.
Sementara itu, Obama menerusi Twitternya turut menulis, "Saya meminati watak Spock."
Nimoy yang dilahirkan di Boston pada 26 Mac 1931 meninggalkan Ukraine untuk mengejar cita-cita di Hollywood pada usia 18 tahun dan berjaya memukau penonton menerusi lakonannya pada 1950. - Agensi


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top