POLIS berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret Taiping untuk menyambung reman selama tujuh hari lagi bermula hari ini terhadap suspek kes bunuh pelajar UiTM cawangan Permatang, Norsyuhada Johari, 20, yang maut akibat dikelar, minggu lalu. - Foto L Manimaran
TAIPING: Tempoh reman terhadap tukang masak berusia 25 tahun yang juga suspek kes bunuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Permatang, Pauh Pulau Pinang pada 3 Februari lalu dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 16 Februari.
Perintah melanjutkan tempoh reman itu dikeluarkan kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Taiping, N Mageswari.
Pada 2 Februari lalu, mangsa Norsyuhada Johari, 20, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang selepas dikelar suspek di dalam sebuah kereta di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini.
SEORANG pelajar UiTM cawangan Permatang, Pauh Pulau Pinang maut selepas dikelar suspek di dalam sebuah kereta di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Bukit Gantang minggu lalu. - Foto NSTP
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.