Menu

IKLAN


IPOH: 10 Februari Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan yang berlaku dekat Taman Golf, di sini tengah malam tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Jalan Persekutuan Gopeng itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan sebuah treler.
Mangsa yang berusia 53 tahun disahkan maut di tempat kejadian namun tidak tersepit.
Sementara itu, sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) memberitahu pihaknya telah menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 12.38 tengah malam sebelum anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan.
“Anggota yang diketuai oleh PBK II Norzamri A.Wahab telah digegaskan ke lokasi kejadian.
“Apabila jentera tiba di sana, mangsa yang berbangsa Melayu didapati meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan,” kata sumber.
Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dan cedera.
Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital untuk rawatan.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top