Menu

IKLAN

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga orang termasuk pasangan suami isteri di sebuah restoran di sini malam tadi selepas disyaki meminta suapan bernilai ribuan ringgit daripada dua ahli perniagaan.
Jurucakap SPRM berkata, ketiga-tiga mereka dipercayai menggunakan nama Menteri Besar Perak dan EXCO kerajaan negeri kononnya mengenali rapat mereka dan mudah mendapatkan projek untuk memperdayakan mangsa.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan permohonan SPRM untuk mereman tiga suspek berusia antara 45 hingga 48 tahun itu selama lima hari sehingga Isnin depan.
Ketiga-tiga mereka direman untuk disiasat mengikut Seksyen 16a (A) Akta SPRM 2009.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top