Menu

IKLAN


WANITA berusia 50 tahun maut dikelar selepas kediamannya dipecah masuk. Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi tadi di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan. - Foto Balqis Jazimah Zahari
IPOH: Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dipercayai dikelar di leher oleh penjenayah yang memecah masuk rumah dan menyamunnya di Taman Emas di sini pagi tadi.
Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi.
Difahamkan, anak mangsa yang terkejut melihat keadaan ibunya menangis sekuat hati hingga menyebabkan jiran turut menyedari kejadian itu dan datang ke rumah mereka.
Jiran mangsa mendakwa melihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas lantai dalam rumah dan bertekup dengan bantal.
Difahamkan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.
- BH Online


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top