Tempat kedua pula dimiliki oleh pelumba Southeast, Jakub Mareczko
manakala Caleb Ewan yang mewakili pasukan Orica Greenedge meraih tempat
ketiga.Andrea berjaya merampas kembali kedudukan pertama dari Caleb selepas tewas di peringkat ketiga, Gerik-Kota Baharu, semalam.
Di peringkat kedua membabitkan jarak Alor Setar- Sungai Petani, Andrea berjaya meraih tempat pertama namun tewas kepada Caleb di peringkat ketiga.
Caleb masih menyarung jersi kuning dan jersi biru bagi peringkat keempat ini manakala pelumba dari pasukan MSS, Zhang Wen Long masih mengekalkan jersi putih bagi kategori Asia.
Sementara itu, pelumba pasukan UHC, Kiel Reijnen diumumkan sebagai pemenang jersi merah.
Peserta negara dari kumpulan Terengganu Cycling Team atau TSG, Harrif Salleh, sekadar berpuas hati di tempat keenam bagi peringkat keempat.
Untuk peringkat kelima esok, Caleb akan menyarung jersi kuning manakala jersi biru menjadi milik Andrea berdasarkan pungutan mata.
Pelumba akan memulakan kayuhan dari Kuala Terengganu-Kuantan, Pahang membabitkan jarak sejauh 200 KM.












0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.