Menu

IKLAN


KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon yang juga pelawak terkenal, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhatul Sakinah Batu Muda, Batu Caves, dekat sini, pada pukul 11 pagi, Isnin.
Allahyarham sebelum itu dimandi dan disambahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1, kira-kira pukul 9 pagi.
Majlis pengkebumian dihadiri lebih kurang 500 ahli keluarga, kenalan dan rakan artis bagi memberi penghormatan terakhir.
Antara rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor, Johan Yazid, Aziz M.Osman, Dira Abu Zahar, Zed Zaidi, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Hans Isaac, S Sahlan, Imuda, Awie, Arash Mohamad dan Elly Suriati.
Terdahulu jenazah Allahyarham tiba dikediamannya di Taman Pandan Perdana jam 1.15 pagi, Isnin.
Jenazah dibawa dari Hospital Parit Buntar, Perak jam 9.40 malam Ahad menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam.
Allahyarham meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang Ahad.
Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang Ahad.
Arwah mula dikenali dalam dunia lakonan selepas membintangi drama bersiri Rumah Kedai yang disiarkan TV3 sekitar 80-an bergandingan bersama pelakon Sudiro Sukiman.
Antara filem lakonannya seperti Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2.
-mStar-


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top