BUKIT CHANDAN - Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan dalam bandar Kuala Kangsar wajar diperluaskan sehingga ke Bukit Chandan terutamanya berhampiran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas).
Cadangan tersebut disuarakan Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman memandangkan kawasan itu dipenuhi golongan pelajar.
Menurutnya, pemasangan CCTV pastinya akan meningkatkan tahap keselamatan dan menjamin kesejahteraan pelajar di situ. "Ramai di antara mereka yang hanya berjalan kaki ke kedai berhampiran dan ini mampu mengundang pelbagai risiko," katanya.
Cadangan tersebut disuarakan Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman memandangkan kawasan itu dipenuhi golongan pelajar.
Menurutnya, pemasangan CCTV pastinya akan meningkatkan tahap keselamatan dan menjamin kesejahteraan pelajar di situ. "Ramai di antara mereka yang hanya berjalan kaki ke kedai berhampiran dan ini mampu mengundang pelbagai risiko," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai Bandar Selamat dan pemasangan beberapa CCTV di bandar ini mampu menunjukkan pelaksanaan projek itu berjalan dengan baik.
“Saya fikir, mungkin elok sekiranya kamera itu turut dipasang di kawasan berhampiran Kuisas dan perumahan-perumahan berhampiran kolej itu kerana ramai pelajar menetap di sana.
“Jika ada penambahbaikan, keselamatan mereka akan terjamin,” katanya.
Sementara itu, Maslin Sham meminta pihak berkaitan memasang lampu jalan di beberapa kawasan perumahan di Bukit Chandan terutamanya berhampiran kolej itu.
Menurutnya, keadaan gelap sebegitu mungkin mengundang kepada kegiatan jenayah atau perkara yang tidak diingini.
“Bila saya ronda di beberapa kawasan, ada tempat yang tiada lampu dan keadaan di situ agak gelap. Lebih merisaukan, ada pelajar yang tinggal berhampiran kawasan itu.
“Saya harap pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu terhadap perkara ini. Kita tidak mahu sesiapa mengambil kesempatan disebabkan keadaan gelap itu,” ujarnya.
Seorang pelajar Kuisas yang hanya ingin dikenali sebagai Amirul, 21, bersetuju dengan cadangan pemasangan CCTV di kawasan berhampiran kolej tersebut.
“Setakat ini, saya tidak dengar kes pelajar diragut atau sebagainya namun tidak salah sekiranya langkah pencegahan diambil terlebih dahulu sebelum sesuatu terjadi.
“Cadangan pemasangan CCTV itu merupakan idea yang sangat baik. Saya pasti semua pelajar akan bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya.
- Sinar Harian -

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.