Menu

IKLAN


IPOH - Bukan sahaja hilang semangat selepas pergelangan tangan kanan menjadi kudung, malah seorang pemuda terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran.

Itu realiti terpaksa diterima Muhd Firdaus Eswan, 23, yang ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya pada 5 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, tangan mekanikal atau bionik disumbangkan seorang guru, Sujana Mohd Rejab memberikan sinar baharu kepadanya.

Menceritakan detik malang menimpanya itu, Muhd Firdaus berkata, ketika kejadian, dia sedang membaiki mesin di sebuah kilang.

Katanya, secara tidak sengaja tangan kanannya termasuk ke dalam mesin tersebut dan menyebabkan pergelangan tangan terputus.

"Saya kemudiannya meluru ke pejabat dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Semasa itu saya rasa macam sudah hendak meninggal dan sempat mengucap dua kalimah. Alhamdulillah hanya tangan sahaja yang terkena mesin.

"Ketika itu saya risau badan dan kepala turut terkena mesin tersebut,” katanya.

Menurutnya,  selepas kejadian tersebut, semangatnya pudar kerana kekurangan dirinya.

Katanya, buat masa ini dia masih cuba untuk menyesuaikan diri menggunakan tangan mekanikal disumbangkan Sujana dan mengambil masa memulakan segala rutinnya menggunakan tangan kiri.

Sementara itu, Sujana berkata, tangan mekanikal tersebut menggunakan teknologi pencetak 3D.

Katanya, kebiasaannya seseorang itu memerlukan tempoh antara satu hingga tiga bulan untuk membiasakan diri menggunakan tangan berkenaan.

“Kini kami masih ada 50 senarai menunggu untuk mendapatkan tangan mekanikal ini. Dalam masa terdekat saya akan adakan perbincangan dengan syarikat dari Jepun yang dimiliki anak tempatan untuk menambah baik ciptaan ini,” katanya.

Sebelum ini Sujana turut menghadiahkan tangan bionik kepada dua kanak-kanak, Muhammad Muqri Mifzal Rhemi Rizal, 8, dan Ainaa Amanda Shahzali, 7.




http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/tangan-bionik-beri-sinar-baharu-1.366798

- Sinar Harian -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top