![]() |
| Aktivis yang terbabit dalam kempen memboikot produk keluaran syarikat Israel memeriksa barangan di sebuah pasar raya di Tebing Barat, kelmarin. |
RAMALLAH, TEBING BARAT : Penduduk Palestin yang bertindak memboikot produk keluaran Israel hari ini mula merampas barangan di beberapa kedai selepas aktivis bertindak membuang susu dan yogurt dari sebuah lori di sebuah dataran di sini.
Aktivis memasuki kedai untuk mencari produk keluaran enam syarikat pengeluar makanan Israel dalam beberapa hari ini, kata pemimpin penganjur boikot itu, Abdullah Kmail.
“Kami memasuki fasa kedua kempen boikot dengan merampas dan memusnahkan barangan itu,” katanya sambil menegaskan tindakan itu bagi menunjukkan rakyat Palestin benar-benar serius menjayakan kempen berkenaan.
Aktivis dalam pertubuhan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bulan lalu mengumumkan kempen berkenaan selepas Israel dilaporkan berhenti memindahkan hasil cukai kepada pihak berkuasa Palestin.
Israel dilaporkan bertindak demikian sebagai tindak balas selepas Palestin menyertai beberapa negara lain mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengenakan tuduhan jenayah terhadap Israel.
Dalam kempen pemboikotan itu, aktivis bergerak dari sebuah kedai ke kedai lain sambil memberi amaran kepada peniaga supaya mengeluarkan produk buatan Israel atau menghadapi tindakan.
Tebing Barat adalah pasaran penting kepada produk keluaran Israel. Dianggarkan kira-kira AS$700 juta nilai barangan dipasarkan di situ, setahun. Kempen boikot barang Israel itu menyasarkan syarikat Tnuva, Strauss, Elite, Osem, Prigat dan Jafora. – Agensi

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.