Menu

IKLAN


IPOH: Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)  merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan, kaunseling kredit dan program pengurusan kredit secara percuma kepada para individu yang memerlukan.
Setakat hari ini, terdapat tiga cawangan pejabat kaunseling AKPK beroperasi di Perak iaitu di Ipoh,Taiping dan Sitiawan.
Menerusi siaran medianya, AKPK turut menyatakan contoh kejayaan dalam membantu salah seorang pelanggannya yang tampil mendapatkan khidmatnya.
Inidividu yang ingin dikenali sebagai Rosnah mendapatkan khidmat nasihat AKPK setelah berhadapan dengan masalah dalam mengurusakan perniagaan gerai makanan bersama suaminya.
Kegagalan memiliki lesen perniagaan yang sah menyebabkan gerainya diarahkan tutup oleh pihak berkuasa dan dikenakan denda.
Rosnah juga dikehendaki mengosongkan gerainya atau tindakan undang-undang akan dikenakan menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.
Lebih memburukkan keadaan apabila pinjaman bank yang dibuat sebelum ini untuk membesarkan gerainya juga telah digunakan untuk membayar denda tersebut.
Kegagalan untuk mencari tempat bagi membuka semula gerainya turut menjadi masalah, ditambah lagi bayaran pendahuluan untuk menyewa tapak lot kedai yang agak mahal sehingga mengakibatkan beliau tidak mampu untuk membayarnya.
Pihak Bank mencadangkan Rosnah supaya merujuk kepada AKPK untuk meminta bantuan dan kaunselor AKPK telah membantu dengan mencadangkan struktur pembayaran balik pinjaman yang baru mengikut kemampuan Rosnah dan suaminya.
AKPK juga turut mencadangkan Rosnah mendapatkan bantuan pada saluran kerajaan yang betul bagi memohon bantuan menjalankan aktiviti perniagaan beliau.
AKPK mempunyai tiga cawangan iaitu di AKPK Ipoh Unit B-2-1 Greentown Square JalanDato’ Seri Ahmad Said dengan waktu Operasi, Isnin- Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang), CIMB Bank Berhad, No. 38-40 Jalan Panggung Wayang,Taiping (Hari Rabu kedua setiap bulan) dan CIMB Bank Berhad Lot 2871 & 2872 Off Jalan Kelab Sitiawan (Hari Rabu ketiga setiap bulan).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2575 bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan pihak AKPK.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top