Menu

IKLAN


SKUAD bola sepak negara dijadualkan berdepan Laos untuk aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Stadium Tentera Thai pada 8 Oktober depan.

Perlawanan itu sebagai medan ujian pemain Harimau Malaysia sebelum menghadapi Timor Leste saingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia Kumpulan A di Dili, lima hari kemudian.

Menurut ketua jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee, akan berlaku sedikit rombakan dalam pasukan dalam masa terdekat sebelum pertemuan menentang Laos.

"Saya akan membuat perubahan minimum dalam skuad dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya memberitahu pasukan kebangsaan akan berkumpul di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya pada Ahad depan.

Baru-baru ini, FAM diberikan surat tunjuk sebab oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan setelah penyokong dalam kalangan Ultras Malaya membuat kekacauan sewaktu Harimau Malaya menentang Arab Saudi semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018-Piala Asia 2019 pada 8 September lalu di Shah Alam.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan oleh pengadil perlawanan pada minit ke-88 semasa Malaysia ketinggalan 1-2, dan masih menunggu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan berhubung status perlawanan itu.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top