Menu

IKLAN


IPOH: Rumah dan pelbagai jenis kenderaan musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Teratai, Kampung Sungai Rokam, di sini.
Kejadian yang berlaku awal pagi tadi telah memusnahkan antaranya dua buah rumah, lima buah kereta, sebuah van dan motorsikal.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berkata, pihak BBP Ipoh telah menerima panggilan kecemasaan kira-kira jam 1.26 pagi tadi.
crop
“Jentera telah bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana, anggota mendapati sebuah rumah dan beberapa buah kenderaan telah musnah hampir 100 peratus. Manakala beberapa kenderaan yang lain pula musnah hampir 50 peratus.
“Anggota kemudiannya telah melakukan operasi pemadaman menggunakan lima aliran 100 kaki dengan bersumberkan air dari pili bomba,” katanya.
Ujarnya lagi, anggota yang diketuai oleh TPgB Samasuvam telah dibantu oleh BBP Simpang Pulai.
“Operasi mengambil masa kira-kira sejam untuk kebakaran padam sepenuhnya dan tamat pada jam 2.38 pagi,” katanya lagi.
Sehingga kini, punca kebakaran masih lagi belum diketahui.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top