Menu

IKLAN


KUANTAN - Kegembiraan empat sahabat bercuti sempena Hari Raya Aidiladha berakhir tragedi, apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 47 Jalan Kuantan-Kemaman, Chendor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Perodua Myvi yang dinaiki keempat-empat mangsa bertembung dengan kereta dinaiki sepasang suami suami.

Akibat pertembungan itu, mangsa yang berada di tempat duduk hadapan, Erdanarina Md Nor, 18, berasal dari Kampung Bukit Rawa, Karangan, dekat Kedah maut di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik Pahang Deputi Superintendan Ahmad Nadzri Zainal Abidin berkata, tiga lagi rakan mangsa iaitu Nurul Hidayah Abdullah, 18, dari Tanjung Gading, Ledang, Johor; Mohamad Akmal Mohd Hassim, 20, dari Taman Saga Indah, Mentakab, Temerloh dan Mohd Ikmal Hakimi, 18, masing-masing mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang maut merupakan penuntut Kolej Ranaco. Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Mohamad Akmal menghala ke Kuantan dari Kemaman, Terengganu dipercayai memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri,” katanya.

Ahmad Nadzri berkata, semua mangsa yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan dengan bantuan orang awam serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng.

Sementara itu menurutnya, pemandu Proton Saga, Zainuddin Ibrahim, 35, dari Kampung Kubang Ikan, Cerating, dan anaknya, berusia satu tahun turut mengalami kecederaan dan dihantar ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

Ahmad Nadzri berkata, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akt Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top