Menu

IKLAN


IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang kelindan lori apabila disabitkan kesalahan membunuh jirannya dalam kejadian yang berlaku pada November 2010
Pesuruhjaya Kehakiman, S M Komathy Suppiah menetapkan hukuman tersebut selepas mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Terdahulu, tertuduh, M Devinthiran melakukan perkara tersebut bersama adiknya, M Thanasegaran dengan membunuh jirannya, K Perumal di Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam pada 14 November 2010.
13 (1)
Mangsa didakwa telah membuat bising sehingga menimbulkan rasa tidak selesa terhadap kedua beradik tersebut.
Dalam kejadian tersebut, Thanasegaran telah menarik tangan Perumal ke belakang dan Devinthiran telah menikam leher sebelah kiri mangsa dengan menggunakan pisau.
Bagaimanapun, Thanasegaran berjaya melarikan diri daripada ditangkap oleh pihak polis.
Devinthiran telah diwakili oleh peguam Gary Xavier yang mengganti majikannya, R Vikneswaran.
Tertuduh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top