IPOH: Sebuah lori hampir musnah terbakar pada bahagian kepala kenderaan itu di Kilometer (KM261) menghala dari arah selatan awal pagi tadi.
Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 3.31 pagi tadi.
“Anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di sana, sebuah lori simen sedang terbakar.
“Anggota bertugas menggunakan dua aliran hosrell untuk memadam kebakaran tersebut”, katanya.
Ujar sumber lagi, operasi itu yang diketuai oleh PB Zaid Abd Aziz itu mengambil masa sejam bagi memadam kebakaran sepenuhnya.
Pihak BPP berjaya mengawal api daripada merebak ke bahagian badan lori.
“Kemusnahan lori ini adalah sebanyak 80 peratus dan ianya hanya terbakar dibahagian kepala sahaja”, katanya.
Operasi tamat pada jam 4.44 pagi dan tiada sebarang kecedaraan dilaporkan.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.