Lega Lions bangkit atasi Penyu
PENGENDALI Lions XII, Fandi Ahmad mengakui anak didiknya beraksi di bawah kemampuan sebenar terutamanya 45 minit pertama sebelum bangkit dua kali mengatasi Terengganu 3-2 dalam saingan Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin.
Selepas tenggelam pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, barisan pemain Singa Kota nyata meranapkan impian Terengganu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila Safwan Baharudin muncul wira dengan menanduk masuk gol kemenangan ketika perlawanan berbaki seminit.
Bagi Fandi, aksi separuh masa pertama yang anak buahnya bukan sesuatu yang diharapkannya terutamanya pertahanan.
“Kami ketinggalan dua kali, pertahanan sedikit longgar namun positifnya kami tak mengalah.
“Inilah semangat yang kami perlukan, ketinggalan tetapi bangkit malah berjaya mengutip tiga mata,” katanya.
Mengenai Safwan yang meledak dua gol, Fandi mahu pemain Lions lain melihat corak permainannya.
“Dia pemain yang memiliki semangat keazaman memburu gol, disipilin dan juga corak permainan berpasukan yang perlu dicontohi rakan sepasukan lain,” ujarnya.
-Sinar Harian
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.