IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan satu operasi pembersihan sampah-sampah haram di satu kawasan industri bertempat di Bercham, semalam.
Seramai 20 orang pekerja yang terlibat dalam operasi itu dan penggunaan dua lori terbuka serta peralatan permbersihan turut digunakan.
Menurut sumber daripada MBI, seramai 20 orang pekerja yang terlibat dalam operasi pembersihan kali ini dan dua lori terbuka serta peralatan membersih turut digunakan bagi melancarkan proses pembersihan yang bermula pada jam 8 pagi semalam.
Tambah sumber lagi, operasi pembersihan bermula pada pukul 8.00 pagi itu tamat pada pukul 5.00 petang.
Dalam pada itu, setakat Ogos 2015, Unit Anti-Litter MBI telah mengeluarkan 1,800 kompaun bernilai sekitar RM200 ribu.
MBI turut memandang serius hal ini dan sentiasa berusaha untuk memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih.
MBI juga tidak akan teragak-agak unutk melakukan penangkapan jika usaha-usaha pendidikan tidak berkesan kepada pesalah yang didapati terlibat.
Dalam pada itu, MBI juga menyeru wargakota Ipoh agar membantu pihak Majlis dalam usaha menyalurkan maklumat berkaitan ke talian 05-2551515 (MBI), 05-2083100 (Penguatkuasa) atau laman web MBI, www@mbi.gov.my.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.