Seorang Maut Menjelang Aidil Adha
GOPENG: Seorang maut dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan yang berlaku tengah hari tadi.
Kemalangan tersebut berlaku dk Jalan Kota Bharu yang berhadapan dengan Kolej Matrikulasi Gopeng.
Menurut sumber, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.54 petang.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati berlaku satu kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah MPV Perodua Alza dan sebuah pacuan empat roda, Mitsubishi Triton.
"Kemalangan tersebut telah mengakibatkan pemandu Perodua Alza tersebut tersepit,"katanya.
Mangsa, Rohaizad Abd Talib 35, maut ditempat kejadian.
"Anggota bomba menggunakan 'rescue tools' dan 'stretcher' bagi mengeluarkan mangsa.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"jelasnya.
Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBK II Ibrahim Mohd Ariffin itu tamat pada jam 3.17 petang.
- INFO BOMBA DAN PENYELAMAT PERAK

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.