Menu

IKLAN


JAGUH Jerman, Bayern Munich, tanpa belas kasihan membenam Dinamo Zagreb 5-0 dalam aksi Kumpulan F, Liga Juara-Juara, semalam.

Beraksi di laman sendiri di Allianz Arena, Bayern meraih empat gol pada separuh masa pertama dimulakan dengan jaringan Douglas Costa, Robert Lewandowski (dua gol) dan Mario Goetze.
Memasuki babak kedua perlawanan, Lewandowski mencipta hatrik bagi melengkapkan kemenangan Die Roten.

Menurut pengendali Bayern, Pep Guardiola, ini permulaan yang baik buat pasukannya dalam kempen Liga Juara-Juara.

“Kami sudah mengumpul enam mata. Ia membawa erti bahawa kami berada pada landasan yang tepat.

“Pemain mempunyai semangat dan beraksi dengan sangat baik,” katanya.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top