Menu

IKLAN


London: Disebabkan kesilapan pihak hospital, seorang wanita mencium mayat tidak dikenalinya kerana menyangka ia mayat ibunya.

Liz Page, 61, berkata, ketika itu dia terlalu sedih sehingga tidak menyedari mayat yang dicium bukan ibunya, Phyllis Lilley, 94.

Menurutnya, dia mendapat panggilan memaklumkan ‘kematian’ ibunya pada jam 4.50 pagi di Hospital Dorset County, tempat Phyllis dirawat kerana mengalami strok.

“Saya dan suami, Gerry, 72, dibawa ke bilik kecil untuk melihat mayat. Memang bunyinya tidak logik, namun saya tidak perasan itu bukan mayat ibu kerana terlalu sedih.

“Tidak dapat digambarkan perasaan saya ketika menerima panggilan kedua itu. Gembira, tetapi pada masa sama, marah.

“Mereka meminta maaf kerana nama ibu dan wanita terbabit sama menyebabkan mereka tersilap,” katanya. - Agensi

-Harian Metro

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top