Menu

IKLAN



PULAU PANGKOR: Pelajar-pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor  diberi pendedahan berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar dan membudayakan amalan kitar semula anjuran Solid Waste Corporation (SWCorp), Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor dan Environment Idaman Sdn Bhd.

SWCorp menerusi kenyataan media berkata, para pelajar turut menjalankan program pembersihan pantai di sekitar persisir Pantai Pasir Bogak pada 15 Oktober lalu.


“Objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

“Pelajar-pelajar ini telah diberikan pendedahan mengenai pengasingan sisa dan kepentingan membudayakan amalan kitar semula demi menjaga kelestarian alam sekitar,”katanya.


Dalam program pembersihan pantai itu, para pelajar telah mengutip botol-botol plastik dan barangan yang boleh dikitar semula di sepanjang pantai tersebut.

“Botol-botol plastik yang dikutip oleh pelajar dianggarkan sebanyak 10 kilogram dan akan dijual kepada vendor yang membeli barang kitar semula.


“Penerangan juga telah diberikan kepada mereka tentang tempoh masa untuk barangan tersebut terurai dan kesan jika barangan tersebut dibakar,”jelasnya.

Tambahnya lagi, pihaknya turut mendapat maklumbalas yang baik daripada guru-guru sekolah berkenaan.

“Guru sekolah juga memberi komen yang baik tentang pembelajaran di luar bilik darjah serta dapat berinteraksi dengan alam dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada mereka,”katanya.

Turut hadir ke program berkenaan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Azizan Abd Muin .



Beliau turut berkesempatan meninjau pembersihan jalan, parit dan pemotongan rumput di sekitar pulau pelancongan tersebut.

SWCorp turut mengagihkan tong sampah secara percuma kepada penduduk Pulau Pangkor bagi menambah baik tahap kebersihan di pulau tersebut.

“Dengan usaha yang dilakukan oleh SWCorp ini, diharapkan agar mendapat kerjasama daripada semua pihak supaya kita dapat menjaga kebersihan alam sekitar khususnya kawasan pulau di Malaysia ini,”ujarnya


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top