Menu

IKLAN

IPOH: Penghuni dua buah rumah tidak mengalami sebarang kecederaan setelah terselamat dalam  satu kejadian kebakaran yang berlaku di Laluan Klebang Restu 40, taman Klebang Restu pagi tadi.
Menurut sumber Balai Bomba Dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 11.52 pagi tadi.
“Berlaku kebakaran melibatkan dua buah rumah iaitu rumah bernombor 10 musnah terbakar 30 peratus dari keseluruhan rumah pada bahagian bilik dan sebahagian siling ruang tamu.
“Manakala rumah kedua bernombor 12 musnah terbakar 10 peratus dari keseluruhan rumah di bahagian siling bilik,” kata sumber.
IMG-20151029-WA0006
Pihak anggota penyelamat telah bertindak membuat pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki bersumberkan air dari pili bomba berdekatan peralatan khas bagi memecahkan siling.
Tambah sumber lagi, pihak anggota juga turut memastikan pemadaman kebakaran di dalam siling kedua buah rumah berkenaan dilakukan sebaik mungkin sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
operasi tamat sekitar jam 12.55 tengah hari yang diketuai oleh Ketua Operasi, PBK II Khairuddin Hussin.
IMG-20151029-WA0008


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top