PANTAI REMIS: Empat buah kampung di sini terjejas akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat sejak semalam.
Empat buah kampung tersebut adalah Kampung Sungai Batu, Kampung Parit Meritan Kampung Tebuk Yan dan Kampung Sungai Batu Nelayan semalam.
Menurut sumber Balai Bomba Dan Penyelamat, pada kejadian tersebut, seramai 121 orang daripada 34 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan selepas 23 rumah mereka di empat kampung di mukim Pantai Remis, dekat sini, setelah kediaman mereka dinaiki air mencecah 0.2 meter.
Menurut sumber sehingga jam 9.30 pagi tadi, kesemua mangsa masih berada di pusat pemindahan berkenaan iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu dan Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2.
Banjir dan tanah runtuh tersebut turut mengakibatkan beberapa tiang elektrik di tepi jalan tumbang sebelum air banjir naik memasuki rumah penduduk.
Tanah runtuh itu juga menyebabkan pokok tumbang menghempap beberapa rumah penduduk hingga menyebabkan kerosakan kecil.
Setakat jam dua petang ini pelbagai pihak membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang giat membantu mangsa banjir dan kerja-kerja pembersihan tanah runtuh berkenaan.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.