GRO seksi jadi pelaris
KUALA LUMPUR – Taktik sebuah pusat hiburan menggunakan khidmat GRO warga asing sebagai pelaris terbongkar dalam serbuan di Jalan Pandan Indah, Ampang, kelmarin.
Operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.
Jurucakap polis berkata, serbuan dijalankan hasil risikan selama satu minggu selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung aktiviti pelacuran melibatkan wanita warga asing di kawasan terbabit.
Menurutnya, keasyikan 12 GRO seksi berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun sedang melayan pelanggan masing-masing terhenti selepas menyedari kehadiran polis.
“Dalam keadaan premis gelap serta muzik dimainkan dengan kuat, mereka kemudian bertindak melarikan diri. Namun, tindakan GRO terbabit sia-sia selepas semuanya diberkas polis,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendedahkan premis tanpa lesen itu menggunakan GRO warga Vietnam berpenampilan seksi telah beroperasi hampir dua tahun dan ini adalah kali pertama diserbu.
Katanya, turut ditahan seorang lelaki berbangsa Sikh dan seorang lelaki tempatan disyaki juruwang dan penjaga premis bagi membantu siasatan.
“Selain itu, 20 pelanggan premis berkenaan turut diperiksa, namun dibebaskan selepas diambil keterangan. Kita juga telah merampas sebanyak 16 unit peralatan audio visual serta wang tunai RM1,400,” katanya.
-Sinar Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.