Menu

IKLAN


PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez berpuas hati kemenangan dilakar Harimau Selatan ketika membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Menurutnya, kemenangan itu memang sepatutnya menjadi milik JDT kerana kesebelasan utama pemain berada pada tahap terbaik.

Bagaimanapun, beliau mengakui separuh masa kedua pemain seolah-olah hilang fokus berbanding separuh masa pertama.

“Saya gembira dan berpuas hati kejayaan mengumpul tiga mata berharga di laman sendiri sehingga mengekalkan JDT sebagai peneraju Kumpulan B.

“Kondisi pemain saya berada pada tahap yang cukup baik, apatah lagi selepas mendapat berita gembira diumumkan JDT layak ke final AFC sehingga mencipta sejarah menjadi pasukan pertama negara mara ke peringkat itu,” katanya ketika ditemui
selepas perlawanan.

Kesemua jaringan juara Liga Super berkenaan dihasilkan S Chanturu pada minit ke-11, Safiq Rahim (24), Luciano Figueroa (36) dan Nazrin Nawi (70). Kemenangan itu turut melebarkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri seterusnya membolehkan mereka mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top