Menu

IKLAN


KOTA BELUD - Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM100 juta bagi membantu memperluas peluang dan potensi para usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi internet.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata,‎ inisiatif menerusi program dikenali sebagai e-Rezeki dan e-Usahawan itu akan dikendalikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Salleh berkata, dana diperoleh daripada agensi dan anak syarikat kementerian itu juga berperanan dalam membuka peluang golongan belia menganggur mewujudkan pekerjaan mereka sendiri menerusi internet.

"Jika kita ada kemahiran, kita gunakan kemudahan yang ada untuk memperluas potensi kerana ada perniagaan yang boleh dilakukan dari rumah sahaja. Ini merupakan kaedah baharu bagi menjana pendapatan dan ekonomi menerusi digital.

"Kita gunakan internet untuk meningkatkan pendapatan dan bukan digunakan untuk viralkan sesuatu yang belum tentu kesahihannya," katanya ketika berucap merasmikan Program Langkah Bersama Sehati Sejiwa anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini, hari ini.
 
Salleh berkata, kaedah memasarkan perniagaan menerusi digital itu akan diperluas ke pelbagai bidang termasuk kepada mereka yang berkecimpung dalam perikanan dan pertanian seperti mana dilakukan di Korea dan China. 

- Bernama

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top