Menu

IKLAN


IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam perancangan untuk mewujudkan Ipoh sebagai sebuah ‘Bandar Selamat’ dengan menerapkan pelbagai pendekatan hijau juga program seperti Bandar Rendah Karbon.
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, pelaksanaan Program Bandar Selamat akan terus dipertingkatkan untuk memutihkan kawasan-kawasan ‘Black Spot’ yang telah dikenalpasti.
Tindakan itu juga turut katanya mendaptasi konsep Pencegahan Jenayah Melalui Rekabetuk Persekitaran, atau Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) menerusi program Inisiatif Hijau dan Program Bandar Rendah Karbon.
“Penentu kepada kejayaan program ini adalah untuk mengalakkan wargakota berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan kenderaan awam bergantung kepada keupayaan kita,” ucapnya dalam Mesyuarat Penuh Majlis MBI bagi bulan September di sini hari ini.
Tambahnya elemen kejiranan dan kawasan perniagaan yang mempunyai jumlah pejalan kaki dan pengguna basikal yang tinggi pastinya akan mampu mempertingkatkan keceriaan alam perbandarannya lantas mempertingkatkan perasaan selamat ketika berada dikawasan tersebut.
Sementara itu daripada sudut kesihatan pula MBI turut giat mempertingkatkan Penguatkuasaan kebersihan premis tandas awam di sekitar Bandar Raya Ipoh.
“Dalam usaha memastikan kebersihan tandas awam di sekitar Bandar Raya Ipoh, anggota Jabatan Kesihatan MBI telah membuat penilaian tahap kebersihan ke atas 1,699 premis tandas awam semua kategori sehingga Ogos 2015 berbanding dengan 2,420 premis tandas awam pada tahun 2014.
“Sebanyak 50.6 peratus (860) mencapai 3 bintang dan keatas berbanding dengan 57.3 peratus (1387) tahun 2014, 8.9 peratus (152) berjaya mendapat hanya 1 bintang berbanding dengan 1.1 peratus (270) tahun 2014 dan selebihnya 220 premis (1.29 peratus) tiada bintang berbanding dengan 246 (1.01 peratus) tahun 2014,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, sehingga Ogos 2015, sebanyak 48 tawaran kompaun bernilai RM 10,100, 56 Notis/Amaran dan 339 amaran Lisan telah dikeluarkan berbanding 54 tawaran kompaun bernilai RM11,100 dan 181 Notis / Amaran dan 761 amaran Lisan yang dikeluarkan pada tahun 2014.
Tegas Zamri lagi, tindakan itu sebagai langkah ’educational enforcement’ untuk meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di premis makanan.
Sementara itu, MBI turut menjemput orang ramai dan wargakota Ipoh khususnya bagi menyertai Ipoh International Run 2015 yang dijangka akan diadakan pada 15 November 2015 (Ahad) jam 6.45 pagi bermula dari Stadium Indera Mulia Ipoh.
Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi sekretariat Ipoh International Run 2015, menerusi Jabatan Hal Ehwal Komuniti MBI atau melalui talian di 05-2422743 / 2422741(Urusetia) atau Facebook, ipoh international run.
Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat di Kaunter Pembayaran MBI, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Jalan Dato’ Onn Jaafar, Ipoh.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Oktober 2015 (Khamis) manakala hanya 5,000 penyertaan terawal sahaja akan menerima T-Shirt.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top