IPOH: Penduduk di kawasan bandar lebih terdedah dalam menghadapi masalah kemurungan di kalangan masyarakat Malaysia berbanding kawasan luar bandar.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, kemurungan dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar adalah 2.4 peratus manakala luar bandar pula 2.1 peratus.
Beliau juga menyatakan, menjelang tahun 2020, kemurungan atau depression dijangkakan akan menjadi ‘second leading cause of global burden disease’ dan jabatan kesihatan telah mengambil langkah awal untuk mencegah isu kesihatan mental ini.
“Bagi menghadapi masalah ini, kita ada empat komponen yang akan dilaksanakan iaitu promosi melalui jabatan kesihatan.
“Seterusnya saringan dimana kita nak kesan peringkat awal masalah mental, kemudian rujuk kepada hospital untuk rawatan dan akhir sekali buat keputusan untuk kembalikan pesakit mental yang pulih kepada masyarakat,” katanya.
“Untuk kehadiran pesakit psikatri di negeri Perak, bermula Januari hingga Jun, paling banyak sekali pesakit yang datang ke hospital adalah penghidap schizophrenia, diikuti ‘depressive disorder’ dan ‘bipolar disorder’ ,” ujar beliau lagi.
Tambahnya, terdapat enam lokasi di Perak yang menyediakan rawatan penyakit mental ini iaitu di Kampung Simi, Hospital Selama, Batu Gajah, Tanjung Malim, Bagan Datoh dan Air Tawar.
“Usaha serius Jabatan Kesihatan unutk mengatasi masalah mental dapat dilihat apabila mereka menyediakan tiga Community Mental Health Centre (CMHC) yang mana tempat ini bukan untuk rehab sahaja, namun untuk rawatan simple condition, screening dan diagnosis/” jelasnya.
Dr. Juita juga memberitahu bahawa bagi pesakit mental yang kronik, Jabatan Kesihatan telah menyediakan Psiko Sosial Rehab (PSR) bagi memulihkan keadaan mereka, yang mana pesakit-pesakit kronik ini diajar bagaimana cara untuk menguruskan diri mereka sendiri.
“Pesakit-pesakit mental yang kronik akan lupa bagaimana cara untuk menguruskan diri mereka, jadi dengan rehab ini, kita akan ajar balik supaya mereka boleh uruskan diri sendiri,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Konvensyen Kesihatan Mental di sini, hari ini.
Beliau menyatakan Jabatan Kesihatan sentiasa mengambil serius berhubung perkara ini dan mahu orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang menghadapi masalah kemurungan untuk datang ke hospital atau ke klinik yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
“Sokongan dari keluarga amat penting, Jabatan Kesihatan dah sediakan kemudahan, jadi keluarga perlu bawak pesakit mental datang ke sini untuk rawatan pemulihan,” ujar beliau.
Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi masalah kemurungan ataupun masalah mental juga dinasihatkan untuk membawa mereka ke klinik-klinik berdekatan kerana mencegah lebih baik dari mengubat.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.