Wanita dituduh bunuh anak tiri
PORT DICKSON - Mahkamah Majistret di sini pagi tadi menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang operator pengeluaran yang menghadapi tuduhan membunuh anak tirinya Ogos lalu.
Majistret M Mageshwary membuat keputusan itu terhadap Siti Zabrina Adin, 39, bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa.
Pada 20 Ogos lalu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.
Siti Zabrina dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun.
Terdahulu, tetuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Lorong Makmur 6, Taman Lukut Makmur, Lukut, antara jam 3.30 hingga jam 5.15 petang, 7 Ogos lalu.
-Sinar Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.