Generasi Y adalah generasi yang membesar pada zaman alaf baru bersama teknologi yang berkembang begitu pesat dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.Malah, ada yang terlalu bergantung dengan teknologi.
Banyak yang beranggapan generasi Y beruntung kerana mempunyai ibu bapa generasi X yang menyediakan pelbagai kemudahan. Kemudahan disediakan menjadikan hidup mereka lebih mudah dengan tidak perlu bersusah payah dan menghadapi kesukaran yang dialami generasi terdahulu.
Namun, timbul persoalan sama ada generasi Y yang menggenggam kelulusan dari pusat pengajian tinggi mempunyai keupayaan memberikan prestasi dinamik di alam pekerjaan setanding dengan kemudahan di sekeliling mereka.
Perlu seimbang
Pengurus Besar Sumber Manusia Daimler Malaysia Norlida Shariff berkata beliau melihat latihan industri adalah sangat membantu pelajar dalam mengenali dunia pekerjaan sebelum mereka menjadi seorang modal insan yang sebenar kelak.
"Kami di Daimler memberi penekanan penting kepada latihan industri dan daripada situ kami melihat prospek seorang pelajar yang boleh menjadi tenaga kerja kami kelak.
"Walaupun syarikat seperti Daimler adalah sebuah syarikat antarabangsa yang meluas, namun kami tidaklah mengambil ribuan pekerja setiap tahun kerana jawatan di sini adalah terhad dan hanya yang sesuai dengan syarikat shaja diambil lantas pelajar yang menunjukkan prestasi dalam latihan industri berkemungkinan besar akan diambil kerja.
Bagi Ketua Perkongsian Perkhidmatan IBM Malaysia Kenneth Ho berkata generasi Y sememangnya hebat dalam mengendali teknologi terkini namun ia perlulah seimbang dengan kemahiran insaniah yang ada pada mereka.
"Kemahiran berfikir dengan menganalisis sesuatu isu atau perkara dengan efisien adalah sangat penting begitu juga dengan kebolehan menyelesaikan sesuatu masalah.
"Menguasai Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan namun apa yang paling penting adalah keupayaan mereka untuk menyampaikan dan "menjual" idea mereka secara lisan dan komunikasi yang efektif.
"Jadi dengan kecenderungan mereka dalam teknologi terkini, barulah ia seimbang dan membawa kebaikan kepada mereka dan juga syarikat," katanya.
Gunakan kelebihan
Pengarah Urusan Ricoh Malaysia Peter Wee berkata, anak muda kini sukakan pekerjaan yang memberi mereka peluang untuk menmgembangkan bakat mereka dan platform untuk berbakti kepada masyarakat.
"Sememangnya bakat perlu terus dikembangkan dan itulah yang banyak syarikat seperti Ricoh lakukan ketika ini. Namun anak muda sendiri perlu meneroka kelebihan dan apa yang mereka tahu dengan betul suapaya ia membuahkan hasil.
"Kemahiran insaniah adalah amat penting dan ia perlu diambil berat barulah dapat majikan membimbing mereka," katanya.
Naib Presiden Eksekutif juga Ketua Pengurusan dan Pembangunan Bakat Maybank Chen Fong Tuan berkata orang muda terutamanya Generasi Y perlulah mengikuti perkembangan semasa dalam industri pilihan mereka dan sektor pengajian tinggi membawa kurikulum mereka ke satu tahap yang berbeza seiring peredaran masa.
"Penyampaian kurikulum kepada siswazah adalah amat penting dan anak muda pula perlulah menggunakan ilmu dan kemahiran mereka sebaik mungkin.
"Majikan seperti Maybank membelanjakan jutaan ringgit dalam mengembangkan bakat yang ada dalam syarikat dan ia memang penting, namun usaha paling besar adalah daripada pekerja sendiri," katanya.
Ketua pegawai eksekutif INTI University Rohit Sharma berkata kini pusat pengajian tinggi seperti INTi misalnya berusaha meningkatkan mutu program dan kurikulum dalam membuatkan graduan lebih relevan dan bersedia untuk dunia pekerjaan.
"Sememangnya ada sentimen bahawa graduan kini terutamanya dalam kalangan generasi Y terutamaya kesediaan mereka sebagai seorang pekerja.
"Daripada situ kami berusaha menaiki taraf pengajian dan kurikulum darim masa ke semasa seiring dengan kemahuan industri terkini.
"Selain kaedah pembelajaran yang inovatif dengan pelbagai teknologi dan multimedia, kami menekankan pembangunan diri mereka sebagi seorang modal insan yang bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
"Pusat pengajian juga mengambil input daripada pemain industri seperti syarikat yang bekerjasama dengan pusat pengajian dan di mana pelajar melakukan latihan industri mereka," katanya.
Pemain-pemain industri ini berkumpul baru-baru ini dalam satu persidangan anjuran INTI yang membincangkan bagaimana majikan dan industri boleh bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi dalam membangunkan modal insan dan mendekatkan jurang antara bakat muda dengan dunia pekerjaan sekarang.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.