WALAUPUN gagal melangkah ke suku akhir Piala Malaysia musim ini, Kelantan berharap semua pemainnya dapat kekal bersama pasukan itu bagi menghadapi cabaran musim hadapan.
Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata ini bagi membentuk keserasian dan kebangkitan pada musim hadapan kerana pemain yang ada ketika ini sudah menunjukkan keserasian apabila beraksi.
"Bukan mudah untuk membentuk keserasian pemain," katanya kepada pemberita ketika mengulas kegagalan The Red Warriors melangkah ke suku akhir Piala Malaysia musim ini, di Kota Bharu, hari ini.
Zahasmi berkata pihaknya menerima kegagalan itu dengan hati terbuka selepas kemenangan 3-1 ke atas T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi, gagal membantu Kelantan.
"Kami tidak mampu bersaing daripada segi mata apabila Felda United turut menewaskan Selangor dalam aksi terakhir Kumpulan B... kami perlu terima kegagalan ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap memuji kebangkitan dan kesungguhan pemainnya untuk memenangi perlawanan menentang T-Team itu.
- Bernama
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.