Menu

IKLAN

IPOH: Kenaikan harga rokok yang berkuatkuasa pada hari ini mengundang reaksi positif daripada golongan muda di negeri ini.

Kakitangan swasta, Nazwan Fazli Azizi 24 berkata, dengan kenaikan harga rokok ini, ianya dapat membantu mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan masyarakat tetapi, ianya tetap mempunyai kesan sampingan.


“Terdapat baik dan buruk tentang kenaikan harga rokok yang berkuatkuasa pada hari ini. 

Kebaikannya ialah, ianya dapat mengurangkan tabiat merokok disebabkan harganya yang mahal, jadi mereka akan kurang membeli.

“Tetapi, saya tidak menolak kemungkinan mereka (perokok) yang tegar akan beralih kepada rokok-rokok seludup,”katanya.

Beliau yang tidak merokok turut menasihatkan agar golongan belia, terutamanya pelajar tidak merokok kerana bukan sahaja membazirkan wang, malah membahayakan kesihatan.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Kaushik 19 berkata, dengan kenaikan harga rokok ini, perokok mungkin akan berfikir dahulu sebelum membeli rokok.


“Bagi perokok tegar, kenaikan harga rokok ini mungkin membebankan mereka, tetapi dari sudut positif, ianya dapat membantu mereka untuk berhenti merokok,”ujarnya.

Beliau yang juga seorang perokok turut berkata, dengan kenaikan harga rokok ini, beliau akan cuba untuk berhenti merokok dengan mengurangkan kuantiti dalam sehari.

“Selalunya, sekotak rokok boleh bertahan dalam dua hari bagi saya, walaupun kenaikannya agak tinggi, bagi saya ianya bagus sebab saya boleh cuba untuk berhenti merokok,”jelasnya.

Ahmad Abdullah Al Amin Aurani berkata, kenaikan harga rokok pada kali ini mungkin tidak akan dirasai oleh perokok tegar.


“Saya rasa dari segi kenaikan harga, mereka tak rasa sangat, tetapi bagi golongan remaja yang baru mula nak merokok, saya rasa mereka perlu berhenti untuk merokok atau dapat mengurangkan menghisap rokok.

“Bagi saya, harga rokok naik atau tak, orang akan tetap beli,”katanya.

Bagaimanapun, menurut lelaki yang berusia 29 tahun itu lagi, beliau turut bersetuju bahawa kenaikan harga rokok ini dapat membantu mengurangkan ketagihan merokok.

“Saya tak kata saya sokong untuk mereka (golongan muda) untuk terus menghisap rokok, sebab saya tahu ianya susah untuk berhenti…ianya memerlukan masa untuk berhenti.

“Benda ini terpulang pada diri sendiri. Nak beli atau tak,”katanya.

Menurut usahawan muda pula, Faraniza Mat Isa 24, beliau melihat kenaikan harga rokok ini sebagai sesuatu yang positif.


“Dengan kenaikan harga rokok ini, saya pasti mereka yang perokok tegar dapat mengurangkan ketagihan mereka terhadap rokok.

“Dengan harga yang mahal, golongan pelajar pun mesti berfikir banyak kali kalau nak beli rokok,”katanya.


Semalam, British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga bagi semua rokok keluarannya bermula pada 4 November.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top