ARSENAL perlu segera melupakan kesengsaraan tewas 1-5 kepada Bayern Munich sebelum berdepan aksi Derby London Utara menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates, Isnin ini.
Tegas pertahanannya, Per Mertesacker, The Gunners perlu bangkit kerana Spurs mampu mendatangkan kesulitan buat Arsenal.
“Kami harus bangkit, menyingkirkan perasaan negatif dan berusaha menewaskan Tottenham,” katanya.
Menurut Mertesacker, kekalahan aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara memberi pengajaran berguna kepada mereka.
“Kami banyak belajar daripada perlawanan itu. Kami akan bermain lebih baik ketika berdepan Tottenham,” katanya.
Spurs ketika ini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata selepas 11 perlawanan.
Mengikut rekod, Arsenal meraih 13 kemenangan dalam 18 aksi derby di Emirates.
-Sinar Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.