Menu

IKLAN


KAMUNTING: Seorang lelaki termasuk bayi dan kanak-kanak terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Ulu Sepetang, Batu Kurau di sini, pagi tadi.
Kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan telah menyebabkan kesemua mangsa mengalami kecederaan.
Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.40 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati berlakunya satu kemalangan diantara sebuah kereta jenis Toyota INOVA dan Perodua Viva yang bertembung dari arah bertentangan.
IMG-20151110-WA0003
“Kemalangan tersebut telah mengakibatkan lelaki tersebut tersepit manakala kanak-kanak dan bayi berkenaan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya.
Tambahnya lagi, anggota penyelamat telah menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Operasi menyelamat yang diketuai oleh PB Mohd Tajuddin Mohd Sidek itu tamat pada jam 10.15 pagi.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top