Menu

IKLAN

SIMPANG PULAI: Seorang lelaki maut manakala tiga lelaki cedera dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Pos Simpang Pulai, pagi tadi.
IMG-20151102-WA0004
Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan pada jam 10.26 pagi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan tiga buah lori dan sebuah kereta telah berlaku,”, ujar sumber.
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini adalah lori tanah, lori treler, lori volvo dan sebuah kereta.
Sumber menyatakan pemandu lori volvo maut di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa tersepit di tempat pemandu lori.
“Anggota bertugas menggunakan alatan penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang terepit manakala mangsa yang telah disahkan mati diserahkan kepada pihak polis,”.
“Mangsa yang cedera pula telah dibawa ke hospital oleh ambulans,”, ujar sumber.
Operasi ini diketuai PBpgB Rozmi Ahmad dan tamat pada jam 1.45 petang.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top