Menu

IKLAN


TANJUNG MALIM: Sebuah kereta musnah terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan, malam tadi.
Menurut sumber, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.43 malam.
“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku satu kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori pasir, PROTON Satria, Perodua Viva dan Perodua Myvi.
IMG-20151103-WA0003
“Akibat daripada kemalangan tersebut, kereta Myvi tersebut telah terbakar dan 90 peratus musnah,”katanya.
Katanya lagi, dalam kejadian tersebut, tiada mangsa yang tersepit.
“Terdapat tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dan ketujuh-tujuh mereka mengalami kecederaan.
IMG-20151103-WA0004
“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan oleh orang awam untuk menerima rawatan,”ujarnya.
Tambah sumber lagi, anggota bomba menggunakan satu aliran salur untuk memadamkan kebakaran tersebut sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.
Operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran yang diketuai oleh PBK I Zaini Saleh tamat pada jam 11.10 malam.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top