Menu

IKLAN


GOPENG - Seramai 30 individu yang terdiri dalam kalangan belia di negara ini menyertai Program Unity White Water Rafting 2015 anjuran Kelab Rekreasi Unity Perak.

Pengerusinya, Hazimi Abd Hamid berkata, program selama dua hari itu dijalankan di Kem Murni Sungai Jahang, di sini.

“Rata-rata yang terlibat adalah belia dari sekitar Ipoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis, Pahang dan Johor.

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada Rapid Quest iaitu kumpulan koordinator teknikal water rafting yang berlesen,” katanya.

Menurutnya, antara aktiviti yang dijalankan dalam program berkenaan adalah berkhemah, night walk, water abseiling, flying fox dan water rafting.

“Aktiviti-aktiviti seumpama itu dijalankan bagi memberi ruang dan  pendedahan kepada ahli dan peserta belia khususnya untuk menyertai sukan air,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama program itu dilangsungkan adalah untuk menambahkan bilangan ahli kelab dan membantu mempromosi lokasi pelancongan menarik di Perak.

“Kita juga akan mengadakan beberapa program dan aktiviti lain dalam memberi impak dan faedah yang positif kepada belia,” katanya.

Unity merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada April 2015 dan dianggotai lebih 50 ahli terdiri dalam kalangan kumpulan belia daripada pelbagai bidang.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top