Menu

IKLAN


IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahaya telah dilantik sebagai pengurus baharu bagi pasukan bola sepak Perak, bermula tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Shahrul Zaman juga merupakan Timbalan Presiden PAFA bagi tempoh 2015 hingga 2018 dan juga Pengerusi Akademi Bolasepak Perak atau The Bos Gaurus Academy PAFA.

Menerusi kenyataan media itu juga, Abdul Puhat turut mengumumkan perlantikan bekas pemain pasukan Perak dan Kebangsaan, Shamsul Saad sebagai selaku jurulatih Pasukan Perak.

Shamsul Saad sebelum ini pernah menjadi ketua jurulatih Pasukan Belia Perak Bawah 19 tahun pada 2012, dan Penolong Jurulatih II, Pasukan Liga SUPER Perak pada 2013.

Katanya lagi, sebahagian pemain Liga Super Perak 2016 juga telah dikenalpasti dan telah menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan Perak bagi musim 2016.

“Pihak pengurusan PAFA juga sedang meneliti dan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemain import yang telah dikenalpasti mampu untuk membantu pasukan Perak pada tahun hadapan.

“Ianya akan dimaklumkan dalam tempoh masa terdekat bagi membolehkan program latihan dan pemantapan pasukan dapat dijalankan mengikut jadual yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan,”ujarnya.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top