BAIK Ivan Yuen mahupun Delia Arnold, kedua-duanya kini memasang impian menjuarai Kejohanan TC Skuasy Kebangsaan 2015 edisi keenam di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, bermula hari ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM67,580.
Pada saingan tahun lalu, Yuen, 25 muncul naib juara di belakang mentor lelaki negara, Ong Beng Hee manakala Delia, 29, tewas kepada Low Wee Wern 3-1 pada separuh akhir.
Namun begitu, permainan mereka terus mempamerkan tahap peningkatan ketara sepanjang tahun lalu.
Delia yang diletakkan pemain pilihan utama kali ini berkata, dia berlatih lebih keras di bawah bimbingan jurulatih, Peter Genever.
“Ranking dunia saya telah meningkat kepada nombor 15, ini sedikit sebanyak beri satu suntikan semangat.
Setakat ini, saya mengakhiri kira-kira sembilan pertandingan kejohanan Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan juga memberikan aksi terbaik Terbuka British dan Terbuka Australia," kata Delia yang akan bermain di peringkat suku akhir, esok.
Beliau mendapat bye pada pusingan pertama.
Delia siap sedia
Delia yang berada di belakang Datuk Nicol David dalam ranking kebangsaan bersemangat untuk memulakan cabaran.
Delia yang berada di belakang Datuk Nicol David dalam ranking kebangsaan bersemangat untuk memulakan cabaran.
Walaupun sebelum ini beliau tewas 3-0 kepada Camille Serme dari Perancis separuh akhir Terbuka British, Mei dan Joel King dari New Zealand pada peringkat yang sama di Terbuka Australia di Melbourne, Julai lalu, Delia menganggap itu sudah menjadi sejarah.
Katanya, beraksi di kejohanan kebangsaan sama penting dan tekad memberi tumpuan 100 peratus setiap perlawanan dilalui.
Delia dijangka berdepan adiknya Rachel Arnold di suku akhir.
“Saya akan fokus satu persatu perlawanan. Rachel yang 10 tahun lebih muda daripada saya tapi menunjukkan peningkatan yang besar.
"Saya tidak akan beri dia ruang. Saya pernah bertarung sekali dan memenanginya. Tapi, kami berlatih dan bermain bersama sepanjang tahun lalu," katanya.
Yuen buru gelaran sulung
Sementara itu, Yuen senada dengan Delia yang optimis untuk menguasai kejohanan TC Skuasy Kebangsaan.
"Saya tidak sabar untuk acara tersebut. Kecuali Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) di Perlis, saya tidak memenangi sebarang gelaran tahun ini. Saya juga tidak beraksi bagus di Macau dan di Kolkata, India pada September kerana demam.
"Jadi, saya bergantung kepada pertandingan ini untuk merebut gelaran sulung bagi 2015," kata Yuen menjalani latihan bersama Beng Hee bagi mengenal pasti kelemahan tahap permainannya.
Yuen yang mendapat bye akan menanti Elvinn Keo atau Valentino Bong di suku akhir.
Pemain nombor satu kebangsaan, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan, juga pilihan utama akan memulakan kempen menentang pemenang antara Gurshan Singh dan Mohd Addeen Idrakie Bahtiar di suku akhir, esok.
Sementara juara bertahan, Ong Beng Hee akan bertemu Ryan Pascal pada aksi pembukaan, hari ini.
-Sinar Harian
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.