Menu

IKLAN

IPOH: Sebuah lori tangki mengalami kebocoran gas Liquefied petroleum gas (LPG) di Kilometer 311, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Utara, di sini, pagi tadi.
Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tapah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.55 pagi.
“Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati berlakunya kebocoran gas LPG melalui ‘valve’ dibahagian atas tangki lori tersebut,” ujar sumber.
Kata sumber lagi, pemandu lori tersebut memaklumkan bahawa terdapat dua safety valve telah mengalami kebocoran.
Tambahnya, jalan di kedua-dua arah lebuhraya tersebut ditutup oleh pihak bomba dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
IMG-20151104-WA0009
“Ia bertujuan untuk segera melepaskan gas LPG tersebut kerana valve yang bocor tidak boleh dibaiki,” katanya lagi.
Operasi yang diketuai oleh PKgB Hasrin Hasbi masih dijalankan.
IMG-20151104-WA0011


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top