Menu

IKLAN


YAYASAN Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) akan menggunakan RM150 juta peruntukkan Bajet 2016 juta bagi membiayai 6,800 pelajar baharu tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Mahayuddin berkata, kesemua pelajar itu melibatkan semua program Yayasan Peneraju antaranya Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

“Selain pelajar baharu, dana itu juga akan biayai 2,000 pelajar sedia ada,” katanya selepas sesi taklimat merealisasikan aspirasi di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

Pada Bajet 2015 lalu, Yayasan Peneraju menerima peruntukkan RM72 juta.

Menurutnya, 5,500 pelajar menerima manfaat program dianjurkan sejak penubuhan Yayasan Peneraju pada 2012.

Setakat ini, Yayasan Peneraju membiayai 1,600 pelajar dan menjangkakan menjelang akhir tahun ini untuk mencapai angka 4,000.

Raja Azura berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan program baharu dikenali Tunas Azam dengan sasaran 4,500 pelajar yang terletak di Lembah Klang.

“Program ini adalah bagi pelajar Tahun Lima dan Enam yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dengan minimum kelayakan satu A,” katanya.

Kesemua pelan ini dijangka dapat mencapai sasaran untuk memupuk dan membangunkan 40,000 Bumiputera yang mampu bersaing peringkat global menjelang 2020.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top