BELUM: Seramai 135
pelajar jurusan Komunikasi Antarapersonal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian
Media (FKPM) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam menjelajah ke
Hutan Belum melalui program ‘Discover Belum: Bring Out The Nature In You’
selama tiga hari.
Misi akademik kali ke-12 ini diadakan pada 27 hingga 29
November lalu yang melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah seminar kesihatan,
Discover Belum dan ceramah motivasi dan kepimpinan.
Program yang melibatkan pelajar semester tiga, empat dan
lima ini turut mendapat kerjasama dengan pelbagai agensi termasuklah Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri
Perak, Majlis Belia Negeri Perak, Jabatan Penerangan Gerik, Briged Sukarelawan
UiTM dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak.
Menurut ahli jawatankuasa promosi, informasi dan publisiti
program, Muhammad Naim Mohd Mukhtar, program ini diadakan bertujuan untuk
mengasah kemahiran mahasiswa dalam berkomunikasi secara perseorangan dan
berkumpulan.
“Selain itu, ianya bertujuan untuk mengasah bakat komunikasi
dengan pelbagai lapisan masyarakat disamping memenuhi kriteria subjek fakulti
iaitu Dinamika Kumpulan, Komunikasi Konflik,Advokasi Awam dan Komunikasi
Kesihatan.
Majlis Discover Belum yang diadakan pada 28 November lalu
turut memberi tumpuan kepada masyarakat orang asli di Kampung Air Banun dan
Kampung Raba, Gerik.
Dalam majlis tersebut, seramai 70 buah keluarga dari
kedua-dua kampung itu turut menerima sumbangan barangan keperluan harian serta
barangan persekolahan.
Dalam majlis itu juga, para pelajar juga mengadakan aktiviti
RAPI (Regroom, Attractive, Presentable, Impressive) yang bertujuan untuk
mendidik masyarakat orang asli tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.