Piala Emas Raja-Raja : Negeri Sembilan Di Kedudukan Selesa
IPOH: Sebanyak lapan pasukan akan berentap di peringkat suku akhir kedua bagi menempah tempat di separuh akhir untuk Piala Emas Raja-Raja yang akan berlangsung esok.
Perlawanan suku akhir kedua ini akan menyaksikan empat pasukan akan layak ke peringkat separuh akhir.
Pada ketika ini, pasukan Negeri Sembilan berada di kedudukan selesa selepas menang menewaskan pasukan Kuala Lumpur 4-3 tempoh hari.
Tentunya, pada pertemuan kedua yang akan berlangsung di Stadium USIM sudah tentu menjadi perlawanan yang sengit buat skuad Warga Kota yang perlu mengelakkan seri atau menang dengan sekurang-kurangnya dua gol di gelanggang lawan.
Sementara itu, juara bertahan, Perlis pula dikejutkan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan ketika menentang PDRM di gelanggang sendiri.
PDRM pastinya akan memperkuatkan pasukannya dengan beberapa tonggak Liga Super dan sudah pasti akan menunjukkan aksi cemerlang apabila bakal beraksi di Padang Utama PULAPOL malam esok.
Sudah pasti, pertemuan diantara dua pasukan Pantai Timur, Pahang dan Kelantan adalah yang paling dinanti-nantikan oleh peminat.
Terdahulu, Kelantan berjaya menewaskan Pahang 2-1 di tempat lawan. Kelantan akan mempamerkan aksi yang lebih cemerlang apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Selain itu, perlawanan diantara Terengganu dan ATM juga dijangka akan mempamerkan aksi yang mendebarkan.
Meskipun berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 1-0 ketika beraksi di tempat sendiri, ternyata ianya masih belum mampu meletakkan Terengganu dalam keadaan selesa.
Berikut adalah jadual perlawanan suku akhir kedua Piala Emas Raja-Raja yqng dijangka berlangsung esok :
1) PDRM (0) lwn Perlis (0) / Padang Utama Pulapol - 4.30 petang
2) Negeri Sembilan (4) lwn K. Lumpur (3) / Stadium USIM, Nilai - 4.30 petang.
3) Kelantan (2) lwn Pahang (1) / Stadium Sultan Muhammad ke-IV - 8.30 malam
4) ATM (0) lwn Terengganu (1) / Stadium Mindef - 4.30 petang

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.