IKLAN


Jika anda ingin lari dari suasana kebisingan dan kesibukan kotaraya pastinya Gopeng GuestHouse & Cafe akan menjadi pilihan utama anda terutama sekali bagi mereka yang menginginkan suasana hijau alam sekitar yang cukup mendamaikan di Gopeng.
Dengan bercirikan elemen tradisional rumah Melayu lama, suasana persekitaran yang mendamaikan, layanan dan aktiviti luaran dan dalaman yang menarik, pastinya anda akan berasa seakan berada di rumah sendiri apabila menginap di sini.
Tidak hairanlah sejak dibuka pada Julai tahun lalu, Gopeng Guest House & Cafe telah berjaya menggamit pelancong dan pengembara terutamanya dari luar negara.
Penulis berpeluang untuk merasai pengalaman menginap serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan bagi mereka yang menginap di sini.
Dengan perjalanan hanya sekitar 20 minit dari Bandaraya Ipoh, Gopeng Guest House & Cafe terletak berhadapan dengan stesen bas Gopeng.
Menurut pemiliknya, Siti Hajar Mohamad Taher 28, rumah rehat Gopeng Guest House & Cafe menyediakan bilik penginapan dengan konsep tradisonal Melayu dan harga yang berpatutan bermula dengan RM50 bagi satu malam.
Setiap pengembara yang menginap di sini akan diberikan lengkap dengan dua pakej sarapan pagi untuk dipilih.
“Di Gopeng Guest House turut menyediakan ruang dorm yang mampu menempatkan empat orang dalam satu bilik untuk lebih ‘privacy’.
“Terdapat juga empat bilik, single room, twin dan queen untuk keluarga semua bilik dan bagi pelanggan yang menginap, kami tawarkan sekali dengan pakej sarapan pagi,” katanya.
Tambahnya lagi, rumah rehat ini juga menawarkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor buat para pengunjungnya.
Bagi aktiviti indoor, penulis berpeluang untuk mempelajari satu kelas bahasa asing secara terbuka dan percuma untuk semua orang.
Setakat ini, penulis dimaklumkan bahawa hanya kelas Bahasa Perancis diajar kepada pengunjung dan semestinya tenaga pengajar tersebut sememangnya dari luar negara.
“Kita juga membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari bahasa lain dan maklumkan kepada kami untuk kami mencari tenaga pengajar.
“Selain itu, kami turut menawarkan program seperti ‘Book exchange’ dimana bagi sesiapa yang suka membaca boleh datang ke sini dengan membawa dan menukar buku yang diminati,”ujarnya,
Bagi aktiviti outdoor pula, terdapat pelbagai aktiviti dan pakej ditawarkan dan penulis berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bermain whitewater rafting, water abseiling, waterfall abseiling dan sunset hiking.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pakej bagi menjejaki bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia dan butterfly trekking selain daripada menjelajah gua.
Apa yang lebih menarik, bagi mereka yang tinggal di bandar, pastinya permainan-permainan tradisional akan menghiburkan anda apabila berpeluang bermain bersama-sama pelancong asing.
Anda pastinya akan terhibur melihat keletah pengembara luar negara mempelajari permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban bersama-sama.
Hajar berkata, antara tujuan lain rumah rehat ini adalah untuk membuka ruang kepada pengembara lama dan baharu untuk berkongsi pengalaman mereka bersama pengembara yang lain.
“Gopeng Guest House ini bermula dengan aktiviti outdoor, dan matlamat utamanya adalah ingin membangunkan Gopeng dan memberitahu orang ramai bahawa Gopeng mempunyai pelbagai aktiviti luar yang boleh dimajukan,” katanya.
Mengulas perancangannya pada masa hadapan, beliau ingin menambah jumlah bilik juga kemudahan di Gopeng Guest House & Cafe.
“Pelanggan boleh datang ke sini untuk menginap, makan ,serta menyertai aktiviti dan ada juga pengembara dari luar negara datang kerana ingin datang berjalan-jalan di Gopeng,” katanya.
Bagi yang berminat untuk menginap di sini boleh menghubungi Gopeng Guest House & Cafe menerusi email atau whatapp di talian 019 3750833 atau 016 4235128.
Apa yang pasti, jangan lepaskan peluang menikmati nasi ayam taugeh dan asam pedas yang ternyata cukup enak di cafe rumah rehat ini.

***Gopeng Guesthouse
Lokasi : Berhadapan Stesen Bas Gopeng & Pasar Awam Gopeng, Pekan Gopeng
www.facebook.com/gopengguesthouse
019-375 0833/ 016 4235128









11 Mar 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top