IKLAN


Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Ipoh, Terracerustic Café ternyata memberikan suasana berbeza terutamanya kepada peminat-peminat café ‘hipster’ yang sentiasa ‘dahagakan’ menu yang istimewa.
Dibuka sejak 23 November lalu, Terracerustic Café mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada penduduk sekitar Ipoh, tetapi juga kepada peminat café-café ‘hipster’.
Pemiliknya, Nurbudiman Hambali 30, Terracerustic Café mendapat namanya berikutan lokasi café tersebut yang berada di tengah-tengah bandaraya Ipoh.
“Saya mendapat ilham untuk menggunakan nama Terracerustic Café apabila melihat lokasi kedai ini terletak di lot kedai teres, manakala perkataan ‘rustic’ pula adalah dari segi dekorasi dimana kita menggunakan hampir 100 peratus kayu palet jenis pines.
“Ipoh adalah bandar yang ‘legend’, tempat tumpuan pelancong dan banyak bangunan-bangunan lama. Jadi saya rasa konsep yang menggunakan kayu palet sangat bersesuaian,”katanya ketika ditemui.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Budi berkata, beliau mendapat idea untuk membuka café selepas sering ke Thailand untuk mendapatkan barangan jualannya.
“Saya menjalankan perniagaan sendiri dan membekalkan barangan kepada peniaga dan barangan jualan saya diperolehi daripada Thailand. Jadi setiap kali ke sana, saya akan melihat konsep-konsep café di sana dan mendapat ilham untuk menceburkan diri dalam perniagaan makanan ini.
“Di sana, saya tengok banyak café-café yang menggunakan kayu palet dan tong drum, jadi idea saya tercetus dari situ,”katanya.
Bercerita mengenai menu pula, katanya lagi, café yang diuruskan oleh beliau sendiri itu menawarkan makanan barat, makanan Cina dan makanan tempatan.
Ujar Budi lagi, semua masakan itu dimasak oleh seorang chef yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun di dalam bidang masakan di salah sebuah kelab golf di bandaraya ini.
“Kita di sini lebih kepada makanan berasaskan kambing seperti ‘lamb rack’, ‘lamb grill’, ‘lamb BBQ’ dan selain daripada salmon dan makanan lain.
“Pada hujung minggu pula, kita menawarkan set seperti sambal petai udang, tomyam campur, tomyam ketam, sotong goreng tepung dan sebagainya,”ujarnya.
Terletak berhampiran dengan Gerbang Malam Ipoh, Budi berkata, harga yang ditawarkan bagi setiap menu adalah cukup berpatutan.
Menggunakan moto ‘Eat, Life, Laugh’, Terrace Rustic Café mula dibuka dari jam 5.30 petang hingga 1 pagi.
“Selain itu, pada hujung minggu, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan buskers dari Tapah bermula pada jam 9 malam hingga 1 pagi,”ujarnya.
Nama Café : Terracerustic Café
Alamat : No 68, Jalan Mustapha Al Bakri, Ipoh
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad (5.30 petang – 1 pagi)
Nombor Telefon: 017 728 7736 (Budi)


19 Mar 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top