IPOH: Sebanyak 16 projek telah dikenalpasti untuk dibangunkan di 1Malaysia Youth City (1MYC) di daerah Muallim yang akan dipelopori oleh pihak swasta, pihak kerajaan dan kerjasama antara kerajaan dan swasta.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) berkata, daripada jumlah itu, lima projek akan dibangunkan oleh pihak swasta, enam projek kerajaan dan lima projek kerjasama awam-swasta.
“Lima projek swasta ialah Sarang Art Hub, Go-Kart Circuit, Embayu Lake, Camp Site and Extreme Park@Beratak Riverfront dan Pembangunan Bercampur oleh Kuala Lumpur-Kepong.
“Enam projek kerajaan pula ialah projek Arena Square, Pembangunan Transit Home, Town Park, Town Square, pengindahan Sungai Bernam dan 1MASTER Upskilling Centre.
“Bagi 5 projek kerjasama awam dan swasta pula ialah projek street art, pembangunan Youth Central, 1MET Entrepreneurship Hub, Mini Sport Complex dan pembangunan rumah mampu milik,”katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) dalam sidang Dewan Negeri, hari ini.
Ujarnya lagi, dengan kewujudan Proton City, Bandar Tanjong Malim dalam daerah Muallim boleh diklasifikasikan sebagai sebuah Bandar Automotif.
“Pelan ini adalah selari dengan cadangan Wilayah Perak Selatan di mana Tanjong Malim terletak di Nod 2 dengan pelbagai rancangan pembangunan seperti Tanjong Malim Golf Resort, Ulu Slim Wellness Resort dan taman industri.
“Selain itu, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Persekutuan turut giat melaksanakan 1MYC di Tanjong Malim sebagai sebuah bandar yang mesra belia,”ujarnya.
Tambahnya lagi, cadangan untuk memperluaskan 1MYC ke bandar dan pekan yang berdekatan dengan Tanjong Malim adalah satu cadangan yang baik.
“Saya melihat ianya satu cadangan yang baik memandangkan 1MYC bukan merupakan satu projek bandar baru tetapi lebih kepada meremajakan bandar Tanjung Malim yang sedia ada,”ujarnya.
Related Posts
Permasalahan Belia Didengari Secara Dua Hala
18 May 20160PARIT BUNTAR : Permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia sama ada yang melibatkan sukan da...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.