![]() |
| Penemuan sesuatu dalam minuman kotak Dutch Lady. |
2 gambar 'panas' ini mula tersebar di media sosial sejak semalam. Jenama produk, usah ditanya lagi. Dah terang dan nyata produk milik Dutch Lady.
Menurut pemilik gambar tersebut, rakannya membeli produk susu berkenaan semalam. Ketika mengunting bahagian bucu kanan kotak susu, dia mendapati ada kesan berwarna hijau di bahagian gunting.
Apa yang ditemui dalam kotak itu lebih mengejutkan serta meloyakan tekak anda.
Jika dilihat pada tarikh tamat tempoh kotak susu berkenaan, ia sepatutnya tamat tempoh pada 2 Ogos 2014.
Bayangkan jika budak-budak yang minum tanpa periksa, pasti di hospitallah jawabnya.
Umum tahu produk susu ini memang sukar dijaga. Tetapi produk-produk sensitif seperti ini dihantar dari kilang terus ke pasar raya. Jadi, sepatutnya tiada timbul masalah.
Apa lagi jawapan Dutch Lady kali ini? Sebelum ini, perkara yang sama juga pernah terjadi. Namun, Dutch Lady menunding balik ke arah pengguna.-mymediahub



0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.