Menu

IKLAN

AIDCNews – 25/6/14 – Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menyifatkan usaha untuk menjatuhkan Presiden PAS melalui ‘Projek Langgar Hadi’ sebagai tidak berperikemanusiaan.

Ia berikutan keadaan kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih belum sihat sepenuhnya selepas mengalami masalah kesihatan ketika menghadiri persidangan di Istanbul, akhir bulan lalu.

Namun, Iskandar enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mempunyai maklumat bersabit dakwaan itu.

“Saya tidak tahu sama ada wujud projek itu (Langgar Hadi) atau tidak.

“Saya perlu mendapatkan mendapatkan maklumat-maklumat terperinci dari mereka yang mendakwa sebelum memutuskan sama ada wujud atau tidak konspirasi tersebut.

“Walaubagaimanapun, tindakan menyerang Presiden PAS ketika beliau baru balik dari Istanbul dan sedang beransur sihat adalah satu tindakan yang tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan,” ujarnya kepada Antarapos, hari ini.

Iskandar berkata demikian merujuk kepada pendedahan Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim yang mengesahkan wujudnya ‘Projek Langgar Hadi.’

Syarhan dalam kenyataan media Sabtu lalu berkata serangan terhadap Presiden PAS berkaitan kegagalan menukar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, ia merupakan rentetan projek melaga-lagakan Presiden PAS dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat yang dimulakan pasca Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12)

“Ia juga adalah rentetan “projek langgar Hadi” yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.

“Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru; TGHH dan TGNA dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-UMNO, oleh individu-individu upahan tadi.Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yg gagal.

“Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.

“Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI,”katanya.

Portal FMT menganggap usaha terbaharu memburuk-buruk Presiden PAS berkaitan isu MB Selangor akan merosakkan hubungan Abdul Hadi dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang mungkin lebih buruk adalah perpecahan di dalam PAS sendiri, antara pro-Hadi dan pro-Anwar.

“Ketiadaan wakil dari PKR melawat Hadi Awang sewaktu dia dimasukkan ke dalam hospital di Turki selama tiga minggu juga adalah satu faktor yang tidak boleh di pandang ringan. Lebih-lebih lagi bila DAP sendiri menghantar Nga Kor Ming bagi mewakili parti itu. Tindakan PKR seolah-olah memperlekeh Hadi Awang sedang keadaannya ketika itu adalah serius.

“Jadi, sekiranya PKR dan DAP mengambil keputusan untuk mencabar kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar, maka pertaruhannya sangat besar. Mereka bukan sahaja menentukan jawatan Menteri Besar malah memperjudikan hubungan antara PAS dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat juga mungkin akan mengeruhkan keadaan dalam PAS sendiri,” ulas portal itu.

FMT juga turut melaporkan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menafikan kewujudan “Projek langgar Hadi.”

Namun, laman sosial pro PAS, Tulang Besi Malaysiawaves mendedahkan sebaliknya, dengan mendakwa bahawa kempen untuk pemilihan PAS akan datang sudah bermula di peringkat akar-umbi parti itu.

“Kalau sapa ingat pemilihan PAS yang lepas begitu kotor penuh fitnah, tengoklah pemilihan yang akan datang.

“Ia akan jadi 10 kali ganda lebih kotor.

“Bayangkan, sekarang dah start kempen burukkan Timbalan Presiden atas nama aqidah.

“Geng-geng bekas PMRAM ni konform ulama su,’ dedahnya.
AIDC NEWS



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top